TIPS : UNTUK MENGURUSKAN BERAT BADAN


02 MAY 2013

 hai korang semue...ni mungkin post kedua saya di blog ni...
Entah ap yg sy merepek lam ni pon saya x tau....ok lh..
.Kali ni post saya berkaita  dengan tips untuk kawan-kawan kita di luar sana
 yang nak kuruskan badan...Tapi die orang tak tau 
kan macam mane carsanya....


TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN ANDA:

PIRAMID MAKANAN

Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. 
Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan 
diikuti dengan panduan cara diet 
yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan
 ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa
 jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana
 ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing.
 Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan
 diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada
 piramid pemakanan tersebut.


PERHATIKAN WARNA

Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau 
kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit
 seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau,
 lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.


JANGAN LUPAKAN SERAT

Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari.
 Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.


BAKTERIA BAIK JUGA PENTING

Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap
 bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke 
dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria 
yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan
 baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.


RAHSIA IKAN LAUT

Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga
 memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti
 salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.


KHASIAT KACANG SOYA

Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda
 daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.


JANGAN LUPAKAN AIR PUTIH

Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. 
Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.


LAKUKAN SENAMAN


Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.


So macam mane??jom mulakan diet anda.....chayokkk

Buena suerte amigo




No comments: